Sunday 19 April 2020

Resepi Singgang Ikan Aya Terengganu

Assalamulaikum

Apa khabar?

Hari ini Cik Sya ingin berkongsi satu resepi dari pantai timur iaitu resepi singgang ikan aye Terengganu. Ikan aye ni ialah ikan tongkol orang Terengganu panggil ikan aye. Singgang ikan aye di cicah dengan budu memang sedap. Singgang ikan aye ni memang makanan favourite Cik Sya al maklumlah Cik Sya merupakan anak jati Terengganu. Sebenarnya singgang ikan aye ni senang je masaknya. 


RESEPI SINGGANG IKAN AYE TERENGGANU Cik Sya 



BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan aye (Ikan tongkol)

2 ulas bawang putih (hiris nipis)

2 keping asam keping

1 inci kunyit hidup (hiris nipis)

1 inci lengkuas (hiris nipis)

3-5 biji cili padi (jika suka pedas boleh letak cili padi)

6 batang kacang bendi

Garam secukupnya

Serbuk perasa (Jika suka boleh letak)

Air secukupnya


CARA-CARA MEMASAK:

1) Masukkan air secukupnya ke dalam periuk biarkan mendidih.

2) Setelah mendidih masukkan asam keping, bahan-bahan yang dihiris nipis dan kemudian masukkan ikan aye yang telah siap dibasuh dan dipotong tunggu hingga masak.

3) Setelah itu masukkan cili padi dan kacang bendi

4) Masukkan garam seukupnya dan serbuk perasa (jika suka)

5) Biarkan kacang bendi masak sekejap. Setelah itu padamkan api dan siap untuk dihidangkan


Singgang ikan aye paling best jika dicicah dengan budu dan dimakan dengan ulam-ulaman memang tambah nasi la jawabnya.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment